
Washington Post melaporkan Pompeo berkata, “orang mungkin akan beranggapan” adakah pelan damai itu “mampu dilaksanakan atau sebaliknya”.
“Ia mungkin akan ditolak…Persoalan utama sekarang ialah apakah kita boleh mendapatkan ruang secukupnya sehingga mampu untuk merealisasikannya,” kata Pompeo.
Pegawai Rumah Putih berkata, AS akan mengutarakan rancangan ekonomi untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin pada persidangan yang dijadual berlangsung di Manama pada 25 hingga 26 Jun.
Presiden Mahmoud Abbas mengatakan Palestin tidak akan menerima apa-apa juga cadangan AS, selepas Washington memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei 2018.