
Ketua polis Pahang Zakaria Ahmad mengesahkan pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong dibebaskan selepas kenyataan beliau dirakam.
Terdahulu polis Jerantut berkata, Loo ditahan kerana membuat ugutan jenayah dan telefon bimbitnya dirampas apabila beliau hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan selepas Mazlan membuat laporan polis berhubung pesanan ugutan tersebut.
Imej pesanan itu tular di media sosial yang menyaksikan Loo didakwa berkata, “Sesiapa nak lawan PH, akan datang dia pun tak boleh aman”.
Pesanan itu dihantar kepada Mazlan.
Berdasarkan imej pesanan tersebut, pemimpin DAP itu marah kerana ditahan apabila beliau cuba menghalang polis daripada menahan setiausaha DAP daerah itu dalam satu siasatan berhubung penjualan rokok dan arak haram, serta rampasan barang terbabit.
Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah mengesahkan Loo ditahan, menurut laporan New Straits Times Online.