Bulan puasa kebiasaannya golongan ibu akan sentiasa terkejar-kejar untuk menyediakan makanan sahur dan berbuka puasa.

Lebih-lebih lagi bagi golongan ibu yang bekerja, mereka hanya cenderung membeli beberapa lauk untuk hidangan berbuka puasa dan terus sampai ke sahur.
Namun satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah anda masak sendiri dan bekukannya dalam peti sejuk.
Ia akan menjimatkan masa dan sudah pasti kebersihan lebih terjamin.
Beberapa tips dikongsikan bagaimana cara untuk anda menyimpan makanan yang telah dimasak dalam peti ais.

2. Bahagikan makanan tersebut untuk sekali makan sahaja.
3. Apabila makanan yang dibekukan telah dimasak ia tidak boleh dibekukan lagi.
4. Jangan bekukan lebihan makanan anda. Hanya boleh bekukan makanan yang baru lepas dimasak sahaja.
5. Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
6. Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan selama sebulan.
7. Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat.
8. Apabila dimasak baru tambah air, sayur dan sebagainya.
9. Tandakan “K” kepada makanan yang berkuah, supaya bila anda masak anda boleh memanaskan makanan yang berkuah atau yang kering mengikut selera anda.
Sumber : Busseroa Abdul Jalil
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]