Kerana sanggup berpanas, wanita ini raih RM300,000 sebulan jual kerepek

Kerana sanggup berpanas, wanita ini raih RM300,000 sebulan jual kerepek

Norazrin Amat Tarmezi dan keluarga berbangga apabila kerepeknya di eksport ke luar negara seperti di Vietnam, Australia dan Dubai.

Pengarah Urusan, Norazrin sedang membungkus kerepek yang telah diproses untuk dijual.

Ramai graduan hari ini yang tidak minat menjadikan pertanian sebagai profesion, sedangkan pertanian bidang yang paling banyak menyediakan peluang pekerjaan.

Alasan utama kerana tidak suka dengan cuaca panas dan memilih kerja yang lebih ada standard.

Akhirnya, golongan ini tidak mempunyai pekerjaan, menganggur dan ada di antara mereka yang bekerja tidak sealiran dengan bidang yang dipelajari.

Bagi Norazrin Amat Tarmezi, 36, beliau kini merupakan pengurus kilang kerepek yang suatu ketika pernah viral tentang pinjamannya dengan orang kampung sebanyak RM50 untuk mengusahakan kerepek.

Pekerja perlu mengupas ubi sekurang-kurangnya 5 tan sehari untuk diproses menjadi kerepek.
Setelah dikupas, ubi tersebut akan dimasukkan ke dalam mesin untuk dipotong menjadi kepingan berbentuk bulat.
Terdapat kerepek yang digoreng separuh masak untuk diletakkan perasa lain.
Sesetengah kerepek yang digoreng garing sedia dibungkus mengikut berat yang telah ditentukan.
Antara proses pembungkusan kerepek yang dijalankan di bahagian dapur untuk dijual di bulan Ramadan.

Kini beliau boleh berbangga kerana berjaya memperoleh pulangan RM300,000 sebulan.

Norazrin berkata beliau tidak seharusnya terlalu memilih dalam bidang pekerjaan, malah perlu mempelajari selok belok pertanian dengan lebih mendalam lagi.

“Asalnya saya hanya membantu orang tua yang mengusahakan kerepek secara kecil-kecilan sejak di bangku sekolah lagi. Saya cuma nak bantu sahaja sebab saya adalah anak sulung daripada 5 adik-beradik.

“Saya sama seperti orang muda lain, memang tak minat dalam pertanian, panas kan? Nak menguruskan ubi untuk dituai dan bawa ke kilang, kemudian penanaman semula, pengurusan ubi untuk 150 ekar.

Proses terakhir adalah ‘seal’ kesemua bungkusan kerepek tersebut dan sedia untuk dijual kepada pelanggan.
Antara bungkusan kerepek yang sudah siap, dan disusun dengan baik di bahagian penyimpanan.
Beberapa paket kecil seberat 500g dan 1kg diletakkan di rak supaya pelanggan boleh membuat pilihan untuk membeli.

“Itu bukan bidang yang saya minati, saya ada cita-cita yang saya impikan,” katanya kepada FMT.

Kepenatan tidak terhenti di situ, Norazrin berkata beliau terpaksa membuat pemantauan dari segi mengurus bahan mentah tersebut untuk diproses sehingga menjadi kerepek.

“Setiap hari 5 tan ubi akan diproses dari peringkat permulaannya, mengupas, memotong menjadi keping-keping, menggoreng, semua ini dalam keadaan yang panas.

“Dari pertanian, berpanas, nak proses dari ubi menjadi kerepek pun saya berpanas.

“Tapi kalau saya sentiasa fikir panas, fikir susah, saya tak akan berjaya sampai hari ini,” ujar pengarah urusan Jamirah Food Enterprise itu.

Norazrin kini sedang pelajari selok-belok perniagaan meskipun pada asalnya tidak meminati bidang pertanian.

Mengambil masa 15 tahun untuk berkembang, kilang yang terletak di Sepang, Selangor itu sehingga kini mendapat perhatian ramai, khususnya di bulan Ramadan dan Hari Raya.

Malah turut menjadi kebanggaan buat beliau dan keluarganya apabila kerepek tersebut di eksport ke luar negara seperti di Vietnam, Australia dan Dubai.

“Kita mempunyai 20 orang pekerja di bulan puasa ini, dan tenaga kerja kita lebih di bahagian ‘packaging’, sebab permintaan terlalu tinggi.

“Kilang akan buka sehingga malam untuk membolehkan mereka datang membeli kerepek di sini.

Bungkusan kerepek sedia dihantar ke beberapa tempat menggunakan pengangkutan khas Jamirah Food Enterprise.
Terdapat lebih 10 jenis kerepek yang dijual, dan yang mendapat permintaan tinggi ialah kerepek pedas kering dan basah.

“Ada juga yang menjual kembali kerepek tersebut kerana kita tidak meletakkan penjenamaan pada kerepek yang kita jual,” katanya lagi.

Jelas Norazrin, ini kerana beliau memberi peluang kepada golongan muda khususnya untuk mencari pendapatan lebih di bulan Ramadan dengan menjual kerepek mengikut harga sesuai dengan lokasi mereka.

Terdapat hampir 20 jenis kerepek yang dijual dan paling mendapat permintaan tinggi ialah kerepek pisang, ubi pedas kering dan basah, serta perasa BBQ.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.