
Menurutnya, syarat itu diputuskan selepas perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini selepas menerima rungutan daripada pemandu e-hailing, khususnya pemandu Grab.
Sebelum ini, pemandu e-hailing perlu menukar kod kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu e-hailing.
“Saya telah bincang dengan pihak JPJ, dan kita telah setuju untuk longgarkan syarat ini.
“Ini bermaksud dia tidak perlu tukar kategori dan boleh kekal sebagai kereta persendirian,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama JPJ hari ini.
Namun begitu, Loke berkata kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu ada lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV), insurans untuk penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing (EVP) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).