
Perkara paling utama adalah DSF hanya menggunakan kereta lama, jadi pusat servis kereta yang sah sememangnya tidak menjadi pilihan.
Walaupun beli kereta terpakai berusia 4 tahun 7 tahun lalu, namun kereta tersebut hanya dibawa ke pusat servis kereta yang sah 2 kali kerana jika dibandingkan harga, bengkel biasa jauh lebih jimat iaitu sekurang-kurangnya 150% lebih rendah.
Bagi mereka yang tidak arif tentang mekanik atau kedai mana yang perlu ditujui bagi baik pulih jenis apa, mereka tidak ada pilihan selain ke pusat servis yang sah dan membayar harga premium untuk alat ganti dan tenaga kerja.
Jadi kenapa ada harga premium dan adakah ia adil kepada pemilik kereta yang baru?
Perlu diingat bahawa pusat servis kereta yang sah perlu servis beratus kereta setiap bulan. Malah mereka juga mempunyai mekanik terlatih dengan perisian terkini yang diberikan apabila perlu.
Namun pemilik kereta mungkin hanya boleh berjumpa pegawai penasihat untuk menentukan apa yang kereta mereka perlukan, dan mungkin sekali tidak akan berjumpa dengan mekanik yang akan membaiki kereta itu.
Pengedar kereta yang sah hanya akan membaiki dan menyelenggara jenama kereta mereka, sedangkan bengkel biasa boleh membaiki semua jenis kenderaan.
Bengkel biasa akan menjalin hubungan yang mesra dengan pelanggan berbayar, sedangkan pusat servis kereta yang sah akan memberikan perkhidmatan percuma selama beberapa tahun (mengikut perjanjian servis kereta baru) untuk memupuk hubungan baik.
Beberapa kemudahan selesa juga diberikan kepada pelanggan jika menggunakan pusat servis kereta yang sah seperti tandas bersih, ruang menunggu yang selesa, wifi percuma, makanan dan minuman ringan secara percuma, dan ada juga yang meminjamkan kereta secara percuma kepada pelanggan sementara menunggu kereta siap.
Inilah kos yang perlu dibayar bersama dengan kos tenaga kerja dan harga alat ganti yang lebih tinggi.
Sedangkan di bengkel biasa, anda bernasib baik jika ada restoran mamak berdekatan tanpa wifi percuma mahupun tandas bersih.
Jadi kenapa kami mengutarakan semua fakta di atas?
Ini ceritanya, seorang rakan wanita yang membawa kereta berusia 5 tahun lebih, mempunyai masalah apabila mendapati bateri keretanya lemah.
Apabila dia pergi ke pusat servis kereta sah, mereka memaklumkan harga bateri baru RM773.

Kami menasihatkannya pergi kedai bateri yang biasa kami kunjungi sejak 20 tahun lalu di Seksyen 17, Petaling Jaya dan wanita terbabit hanya perlu membayar RM285 untuk bateri berkualiti.
Ini suatu penjimatan yang besar iaitu RM488 dan selesai dalam masa kurang daripada 15 minit, sedangkan di pengedar yang sah akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam.
Ini langkah penjimatan yang pemandu Malaysia perlu tahu. Memang benar pengedar kereta yang sah perlu untung berniaga tapi bukan dengan mengaut keuntungan sehingga 170%, bukan?
Ini baru perkara kecil yang didedahkan, tambahan pembekal bateri juga sudah mendapat keuntungan daripada harga bateri yang dijual iaitu RM285.
Jadi dimanakah garis panduan dalam mengira margin keuntungan dalam penyelenggaraan kereta?
Terlalu banyak cerita negatif tentang pusat pengedar kereta yang sah dari pemandu yang naïf, dan nampaknya tidak banyak dilakukan untuk mengurangkan kos pemilikan ketika harga membeli kereta baru antara yang termahal di dunia.
Satu cerita menarik adalah kawan kami beritahu pengedar kereta yang baru ini turut mencadangkan untuk dia menukar “mounting gearbox” dan “mounting enjin”.
Tunggu untuk kisah seterusnya mengenai perkara itu.
Sumber: www.dsf.my
Facebook: https://www.facebook.com/drivesafeandfast/
Instagram: https://www.instagram.com/drivesafeandfast/
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]