Lelaki maut dihempap Hilux diselenggara dalam bengkel

Lelaki maut dihempap Hilux diselenggara dalam bengkel

Jacky Huang Nai Kuei, 22, tersepit di bawah Toyota Hilux di dalam sebuah bengkel di Miri.

mayat
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dihempap sebuah Toyota Hilux semasa melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.03 pagi.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati Jacky Huang Nai Kuei, 22, tersepit di bawah kenderaan tersebut.

“Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Miri Mohd Farhan Lee Abdullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Balai Polis Miri menerusi talian 085-427093 atau Nixon Malang 016-8865949.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan atau memuat naik gambar kejadian menerusi media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.