
Perhimpunan anjuran beberapa NGO dan pertubuhan hak asasi manusia itu turut mendesak kerajaan menghentikan diskriminasi ke atas pekerja.
Peserta perhimpunan itu memegang poster dan melaungkan tema “Naikkan gaji, kurangkan diskriminasi”.
Penyelaras perhimpunan itu, Nalini Murugiah berkata, gaji minimum sepatutnya dinaikkan kepada RM1,500 kerana RM1,100 yang dilaksanakan ketika ini rendah berbanding kenaikan kos sara hidup.

Katanya, gabungan itu turut menekankan 22 permintaan dalam deklarasi mereka, termasuk melindungi hak pekerja asing, golongan kelainan upaya dan wanita.
Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, Sarasvathy Muthu pula menggesa kerajaan melaksanakan gaji minimum yang dijanjikan secepat mungkin.
“Jurang antara golongan miskin dan kaya semakin besar, tetapi gaji minimum tidak berubah,”
Bekas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke berkata ramai pelajar menyertai perhimpunan hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap gaji minimum lebih tinggi dan menghapuskan diskriminasi di tempat kerja.