Hanya RM2 ‘bontot’ kuali kembali putih

Hanya RM2 ‘bontot’ kuali kembali putih

Sental periuk tidak susah seperti yang disangka malah ia memudahkan kerja semua isteri.

Siapa sangka kerja menyental periuk sebelum ini menggunakan berus dawai dan memenatkan dapat dilakukan dengan mudah.

Malah ada di antara kita yang sudah berjam-jam memberus, mendapati ia tidaklah sebersih dan seputih yang diharapkan.

Oleh itu, isteri dan suri rumah kini ada cara berkesan yang boleh dicuba berdasarkan perkongsian daripada pelayar FB wanita ini.

Cara bersih bawah kuali / periuk ‘tidak melekat’

Keadaan periuk sebelum disental. (Gambar FB Hani Mynis)
Periuk kelihatan seperti baru selepas disental dengan berus ajaib. (Gambar FB Hani Mynis)
Dengan hanya bermodalkan RM2 ia boleh dibeli di Shopee. (Gambar FB Hani Mynis)

Sesiapa yang menggunakan kuali non-stick mesti perasan bawah kuali itu senang sangat nak hitam atau kuning akibat kesan api.

Hendak bersihkan memang susah. Tambahan jika tidak disental setiap kali menggunakannya.

Lagi susah dengan corak bawah kuali tapi jangan guna berus besi pula, calar nanti.

Jadi dengan tutorial yang disediakan Hani menerusi FB nya dengan kos tidak sampai RM2, alat mencuci tersebut boleh dibeli melalui Shopee dengan hanya menggunakan air tanpa sabun khas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.