MTUC: Pekerja tetap kurang mahir punca pekerja kontrak meningkat

MTUC: Pekerja tetap kurang mahir punca pekerja kontrak meningkat

Kebanyakan syarikat hanya menyediakan latihan untuk pekerja dalam sektor pengurusan, sementara yang lain dibiarkan untuk bimbingan program e-pembelajaran.

Kebanyakan syarikat hanya menyediakan latihan untuk pekerja dalam sektor pengurusan.
PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata terdapat kekurangan latihan kemahiran di kebanyakan syarikat selepas satu laporan mendedahkan lebih ramai majikan beralih kepada pekerja kontrak, di mana sebahagiannya mengisi jurang kemahiran dalam kalangan pekerja tetap.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata kebanyakan syarikat hanya menyediakan latihan untuk pekerja dalam sektor pengurusan, sementara yang lain dibiarkan untuk bimbingan program e-pembelajaran.

“Hari-hari di mana latihan kerap dijalankan dan latihan secara peribadi telah berakhir,” katanya kepada FMT.

“Jika pekerja biasa meminta lebih, jawapannya adalah: ‘Ambil inisiatif sendiri’.”

Beliau berkata program e-pembelajaran sering digunakan sebagai jalan singkat untuk memastikan pekerja terlatih dengan cepat dan dengan kos minimum.

Melepaskan terlalu ramai pekerja untuk latihan mungkin juga “melumpuhkan operasi syarikat”, tambahnya.

Solomon mengulas mengenai laporan edisi tahunan Panduan Gaji Asia Hays yang menyatakan majikan semakin beralih kepada pekerja sementara dan kontrak.

Laporan firma perekrut itu, yang menonjolkan trend gaji dan pengambilan pekerja di China, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Singapura, berkata 27% syarikat tempatan mengakui mengupah kakitangan sementara atau kontrak sebagai kebiasaan berbanding 21% pada 2017.

Lebih ramai majikan juga dijangka meningkatkan pergantungan mereka kepada kakitangan sementara atau kontrak berbanding pada tahun sebelumnya, pada 26% pada 2019 berbanding 23% pada 2017.

Laporan itu juga menonjolkan kekurangan pekerja mahir, dengan hanya 6% daripada majikan mengatakan operasi perniagaan tahun ini tidak akan terjejas oleh kekurangan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.