HIV bukan penentu hidup saya, kata bekas pramugara

HIV bukan penentu hidup saya, kata bekas pramugara

Tareq Nassri kini dalam usaha menyediakan kemudahan untuk membantu penghidap HIV/AIDS yang memerlukan sistem sokongan.

Tareq Nassri pernah melalui pengalaman sukar dalam kerjayanya kerana menghidap HIV positif.
KUALA LUMPUR:
Anda akan terkejut apabila bertemu Tareq Nassri jika anda bayangkan sesiapa yang menghidap HIV/AIDS kelihatan kurus kering, selekeh dan menyeramkan seperti yang terpampang pada poster mengenai bahaya penyakit itu.

Tareq, yang didiagnosis dengan penyakit itu 6 tahun lalu, kelihatan seperti individu yang sihat pada usia pertengahan 30-an dan seolah-olah penuh semangat ceria ketika FMT menemuinya baru-baru ini.

Dia adalah penolong pengurus di sebuah bar dan dalam usaha menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sistem sokongan tetapi tidak mempunyai tempat untuk berbuat demikian. Katanya, mereka yang menghidap AIDS boleh menjalani kehidupan seperti biasa jika mereka mempunyai sokongan yang cukup.

Tetapi perjalanan hidupnya untuk penghargaan kendiri begitu lama dan ia berlaku dengan bayaran yang mahal melalui putus asa dari segi mental dan emosi, diskriminasi serta penolakan dari mereka yang paling rapat dengannya.

Menurutnya, diskriminasi masih meluas. Sebagai contoh, dia pernah menyaksikan upacara mandi jenazah penghidap positif HIV dan mendapati peluntur digunakan pada badan si mati. “Saya tertanya-tanya: bolehkah Clorox membunuh virus? Bolehkah kita meminumnya sebagai penyembuh?”

Atas sokongan majikan, kehidupannya cukup baik untuk beberapa bulan selepas diagnosis, kecuali dalam tempoh awal yang penuh tekanan di mana dia mengambil ujian darah dan memulakan perubatan.

Tareq adalah pramugara AirAsiaX. Dia memilih untuk mendedahkan keadaan dirinya kepada syarikat dan terkejut apabila mendapati majikan memahaminya. Dia diberitahu dia boleh meneruskan pekerjaan dengan syarikat itu dan meneruskan tugasnya selepas 2 bulan membuat ujian makmal.

Majikannya memberi jaminan dia akan dilindungi, tetapi tidak lama kemudian dia menyedari sokongan itu tidak termasuk rakan sekerjanya.

“Semasa kelas tahunan untuk pertolongan cemas, pengajar memberitahu kami, kami perlu sentiasa menggunakan penutup mulut apabila melakukan pernafasan dari mulut ke mulut sekiranya orang itu mempunyai AIDS,” katanya.

“Reaksi dari krew kapal yang lain adalah ‘eww, yuck’ dan sebagainya.”

Tidak semua rakannya tahu tentang keadaannya, tetapi pemikiran mereka merasa jijik itu “membuat saya masuk ke dalam gua”, katanya. “Jadi saya memutuskan untuk meletak jawatan.”

Tetapi kekecewaan dengan rakan sekerja di AirAsia adalah sedikit berbanding pengalamannya bekerja di jabatan komunikasi sebuah hotel.

Pihak pengurusan tidak membenarkannya masuk ke bangunan hotel, walaupun keadaan ini kemudian berubah menjadi “dibenarkan masuk ke hotel tetapi tidak dibenarkan makan di kafeteria disebabkan alasan kebersihan”.

Tetapi dia tidak boleh membuat kerja, bertekad untuk membuktikan “HIV tidak menentukan hidup saya, saya masih boleh bekerja keras, saya bukan buangan sosial”.

Bagaimanapun, dia akhirnya putus asa selepas “7 bulan penyeksaan mental” dan memberi alasan kepada bosnya untuk memberhentikannya serta merta. Mereka boleh melakukannya kerana dia seorang pekerja kontrak.

Dia mula berfikir untuk bunuh diri dan cuba melegakan kesakitan dengan dadah.

Dia pulih selepas 2 tahun, tetapi kembali menjadi murung apabila keluarganya marah terhadap keputusannya berterus-terang mengenai keadaannya secara terbuka.

Katanya, dia bernasib baik kerana dia sedar dia berada di landasan yang merosakkan diri. Dalam keadaan terdesak untuk sembuh, dia mendapatkan Positive Living Community Centre di Batu Arang, Rawang. Ia adalah kemudahan swasta yang dikendalikan sukarelawan yang membantu penghidap HIV-positif yang tiada arah tujuan.

“Di sana, saya berjaya mendapatkan semula fikiran yang sihat,” katanya.

Tareq berkata beliau berharap kerajaan akan membuat lebih banyak program untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan mental kepada mereka yang mempunyai HIV/AIDS.

“Ia sangat kurang di negara ini,” katanya.

“Apabila saya didiagnosis di Hospital Sungai Buloh, mereka tidak banyak membantu. Mereka hanya memberi saya ubat dan menghantar saya pulang. Tidak ada usaha untuk mengetahui bagaimana saya menghidapi HIV.

“Saya fikir lebih banyak boleh diperbaiki berhubung perkara ini.”

Beliau memberitahu FMT bahawa dia mempunyai matlamat untuk membuktikan kepada penghidap HIV positif lain bahawa kehidupan selepas diagnosis tidak perlu suram.

“Itu semua saya fokus sekarang. Saya hanya mahu memberitahu semua orang bahawa mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.