
Sekarang media sosial adalah platform untuk netizen meluahkan perasaan, tempat untuk menghilangkan stress dan macam-macam lagi.
Mereka akan menggunakan pelbagai aplikasi termasuklah Tiktok untuk membuat video, kemudian disebarkan melalui laman sosial sama ada di Facebook, Instagram ataupun Twitter.
Kalau video itu best dan mendapat sambutan, dalam masa satu jam sahaja video tersebut akan mendapat jumlah ‘viewers’ yang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah sehingga 1 juta dalam sehari.
Hari ini salah seorang pengguna Twitter, Hanzalah telah memuat naik video berdurasi 15 saat dimana sekumpulan pekerja pencuci bangunan sedang berjoget ketika bergantung di bangunan tinggi.
Tweet tersebut mendapat reaksi ramai netizen dan rata-ratanya ramai yang memuji cara mereka yang bekerja dengan lebih enjoy.
Malah ia mendapat reaksi positif kerana sikap yang tidak mengeluh walaupun kerja berisiko tinggi.
Bukan semua boleh berjoget di tempat tinggi tanpa rasa gayat ni seperti Hanzalah kan?


Sumber Twitter hanzalahani
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]