
Beliau berkata beberapa usaha mencari atas permintaan Malaysia selepas kerajaan baru mengambil alih pemerintahan menemui jalan buntu.
“Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China. Polis China memberikan tumpuan penuh terhadap permintaan itu.
“Berdasarkan maklumat diberikan pihak Malaysia…(kami) menjalankan pencarian yang teliti dan terperinci, tetapi maaf kerana tiada sebarang petunjuk baru ditemui setakat ini,” katanya kepada media Malaysia di Kedutaan China Khamis.
Beliau berkata pihak China sudah memaklumkan perkara itu kepada polis Malaysia.
Jho Low dikenalpasti oleh penyiasat Amerika Syarikat sebagai suspek utama dalam skandal 1MDB bernilai bilion ringgit.