
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata, perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban selama 3 hari bermula hari ini.
Katanya, ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 50 tahun disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Ketiga-tiga mereka tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga dan bergari.
Mohamad berkata, suspek yang masing-masing bekerja sebagai penjual kereta, pemandu lori dan peniaga ayam itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang, semalam, di 3 lokasi berasingan di daerah ini.
“Polis kini masih memburu 2 lagi yang masih bebas,” katanya.