
Perintah tamat reman terhadap lelaki berumur berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret, Noraisyah Mohd Yusof.
Lelaki itu ditahan kira-kira 5 petang Isnin lalu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, ketika hadir memberi keterangan dan tempoh remannya bermula Selasa lalu sepatutnya berakhir esok.
Sumber SPRM berkata, ia adalah proses biasa untuk suspek dibebaskan sebelum tamat tempoh reman, apabila siasatan selesai awal.
Noraisyah turut menetapkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.
Sumber SPRM sebelum ini berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah sebagai dorongan untuk membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek di bawah kelolaan kementerian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.