Siapa sangka Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala mempunyai bakat seni yang tersendiri.

Ia terbukti apabila beliau dengan spontan boleh menghiburkan orang di jalanan dengan menyanyi.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mempunyai bakat bermain gitar tanpa segan silu.
Di laman twitter, Amir Tajjudin berkongsi cerita apabila Idris berjaya menghiburkan orang ramai seperti penyanyi rock star sehingga membuatkan ramai yang berada di situ ketika itu kagum dengan bakatnya.
Idris yang kemudiannya retweet balik hanya mampu ketawa sambil mengatakan tindakannya adalah secara spontan.
“Haha. Saya secara spontan bermain muzik dan menyanyi bersama kumpulan itu. Saya sebenarnya sedang berjalan di pusat membeli belah ketika itu,” katanya membalas tweet dari Amir.
Sebelum ini Idris sememangnya diketahui amat menyukai menyanyi terutama sekali lagu rock.
Beliau beberapa kali membuat penampilan secara mengejut menyanyi di beberapa tempat.
Malah aksi selambanya juga amat menghiburkan bagi sesiapa yang melihatnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]