Fasha Sandha sah menjadi isteri Aidil Aziz dengan sekali lafaz

Fasha Sandha sah menjadi isteri Aidil Aziz dengan sekali lafaz

Selepas gagal perkahwinan pertama kini Fasha memilih Aidil untuk menjadi pasangan hidupnya

Dengan sekali lafaz, pelakon sensasi Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 9.15 pagi.

Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan Fasha dan Aidil turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook TV3.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu di Ampang, Selangor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.