Ringgit susut berbanding dolar AS

Ringgit susut berbanding dolar AS

Permintaan rendah terhadap ringgit disebabkan peningkatan dolar AS, memandangkan pasaran pesat membangun terus mengalami pertumbuhan ekonomi lembap.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0770/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0760/0800 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, permintaan rendah terhadap ringgit disebabkan peningkatan dolar AS, memandangkan pasaran pesat membangun terus mengalami pertumbuhan ekonomi lembap.

“Sentimen pasaran global keseluruhannya masih suram dalam keadaan harga minyak mentah yang tinggi,” katanya.

Setakat 9.15 pagi, minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras meningkat 0.37% kepada AS$67.35 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0075/0117 daripada 3.0055/0100 ketika ditutup pada Khamis, namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3229/3315 daripada 5.3542/3607.

Ringgit stabil berbanding yen Jepun kepada 3.6766/6821 daripada 3.6937/6983 dan tinggi berbanding euro kepada 4.5793/5853 daripada 4.5871/5937.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.