
Bola sepak dan lakonan ialah dua bidang yang berbeza.
Bermain bola memerlukan stamina dan skill agar mampu menghasilkan gol dan kemenangan kepada pasukan.
Berlakon pula memerlukan penghayatan dan menjiwai sesuatu watak bukanlah perkara mudah.
Namun itulah kehebatan manusia apabila mampu membuat beberapa perkara berbeza.
Tapi jangan salah faham pula berlakon ketika sedang beraksi ketika bermain bola itu adalah perkara yang sama sekali berbeza.
Mungkin ada yang tidak tahu sesetengah pemain bola yang pernah main bola secara professional boleh menjadi pelakon.
Vinnie Jones

Sudah pasti semua pernah tengok Vinnie Jones dalam filem, berlakon sebagai watak jahat selalunya.
Vinnie Jones mula main bola sepak secara profesional pada tahun 1986 hingga 1996.
Antara team yang Vinnie Jones pernah join termasuk lah Wimbledon FC, Leeds United, Chelsea dan QPR.

Filem pertama lakonan Vinnie Jones ialah Lock, Stock, and Two Smoking Barrels arahan Guy Ritchie yang ditayangkan pada tahun 1998.
Vinnie Jones ada gak berlakon dalam filem-filem yang popular antaranya Snatch, Escape Plan dan X-Men: The Last Stand.
Ian Wright

Mungkin tak ramai yang ingat atau kenal siapa Ian Wright sebagai pemain bola sepak.
Tapi kalau kenal Shaun Wright-Phillips yang pernah main untuk Manchester City dan Chelsea, Ian Wright ialah bapa kepada Shaun Wright-Phillips.
Ian Wright aktif bermain bola sepak secara profesional sejak tahun 1985 hingga 2001 bersama pasukan Crystal Palace, Arsenal, West Ham, Celtic dan Burnley.
Setakat ni, Ian Wright masih lagi pemegang rekod jaringan gol kedua paling banyak untuk Arsenal.

Walaupun Ian Wright tak pernah jadi pelakon Hollywood, tapi Ian Wright banyak terlibat dengan rancangan kat TV antaranya Friends Like These, They Think It’s All Over, dan pernah gak buat penampilan khas dalam rancangan Top Gear pada tahun 2005.
Eric Cantona

Siapa tak kenal legenda Manchester United Eric Cantona yang pernah menang 11 piala dan berjaya menjaringkan 77 gol dalam 173 perlawanan bersama Manchester United.

Eric Cantona mula terjebak dalam dunia lakonan pada tahun 1995 selepas berlakon dalam filem pertama lakonannya Le bonheur est dans le pré.
Kebanyakan filem lakonan Eric Cantona semuanya berasal dari Perancis antaranya The Mad Kings, The Salvation, Porn in the Hood dan banyak lagi.
Ramai peminat bola sepak yang perasan Eric Cantona ni pandai berlakon selepas Eric Cantona banyak kali buat penampilan dalam iklan-iklan yang dikeluarkan oleh Nike.
Neymar

Pemain bola terkenal abad ini jika tak perasan dia sudah mula aktif bermain bola memang rugilah.
Neymar bukan lagi nama asing dalam dunia bola sekarang ini sudah mula berjinak dalam dunia lakonan.
Neymar pernah berlakon dengan Vin Diesel pada tahun 2017 dalam filem xXx: The Return of Xander Cage.
Masa pembikinan dan tayangan filem itu, Neymar masih lagi beraksi untuk Barcelona.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]