Menakjubkan… Tasik bertukar wajah menjadi ais tajam

Menakjubkan… Tasik bertukar wajah menjadi ais tajam

Musim sejuk yang semakin berakhir menyebabkan ais mencair hingga mengubah wajah

Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik Michigan mula cair dan membentuk serpihan ais tajam berlapis-lapis yang menakjubkan.

Tasik yang dikongsi empat negeri, lebih 70 pekan dan bandar serta 12 juta penduduk itu, kini menyaksikan fenomena pergerakan air di bawah lapisan ais musim sejuk dan menyebabkan serpihan ais tajam bertindih di permukaannya, lapor portal berita tempatan, MLive.com.

Pemandangan serpihan ais tajam seperti jubin pecah itu paling jelas kelihatan di dermaga bandar South Haven.

Bagaimanapun Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat meminta orang ramai tidak mendekatinya kerana dikhuatiri struktur tersebut tidak kukuh.

“Tiada lapisan ais yang boleh dianggap selamat khususnya pada waktu peralihan musim ini.

“Lapisan ais itu sememangnya sedang cair dan akan pecah tidak lama lagi,” jelas agensi tersebut.

Kira-kira 50 peratus daripada permukaan tasik itu diselaputi ais sepanjang musim sejuk sehingga awal bulan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.