Pelajar PHD maut kereta terbabas dalam tasik di UMK

Pelajar PHD maut kereta terbabas dalam tasik di UMK

Seorang lagi rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Jeli Kamarulzaman Harun berkata kereta Perodua Axia dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli petang tadi.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut manakala rakannya selamat selepas kerena dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya dirawat di Hospital Jeli, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Jeli Kamarulzaman Harun berkata ketika kejadian mangsa yang memandu kereta Perodua Axia dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dan menuruni bukit di kampus berkenaan sebelum terbabas ke dalam tasik.

“Rakan mangsa yang berada di bahagian penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.