
Ketua polis negara berkata, inisiatif itu diambil selepas pihaknya menerima pelbagai reaksi ketika mengendalikan kes melibatkan seorang remaja autisme di Selangor tahun lalu.
“Untuk mengatasi masalah sedemikian dan tidak berulang, saya telah arahkan satu jawatankuasa ditubuhkan…kes-kes libatkan kanak-kanak autisme di masa akan datang, SOP mesti dipatuhi.
“Pusat autisme juga akan ditubuhkan di Pulapol ini…satu lagi pusat akan kami bangunkan di Maktab PDRM Cheras,” katanya selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam.
Selain itu, beliau berkata, 484 anak autisme anggota polis juga akan turut diberi perhatian.
Terdahulu, sebuah buku Garis Panduan Autisme turut dilancarkan pada majlis itu oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.