Shafee bercadang fail permohonan ketepi dakwaan hina mahkamah

Shafee bercadang fail permohonan ketepi dakwaan hina mahkamah

Peguamnya, David Mathews, bagaimanapun, memohon masa untuk memfailkan permohonan itu kerana beliau bercuti sakit.

Peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah.
KUALA LUMPUR:
Peguam Muhammad Shafee Abdullah mahu memfailkan permohonan untuk mengetepikan prosiding menghina mahkamah yng difailkan terhadap beliau kerana didakwa mengganggu pelaksanaan keadilan.

Peguamnya, David Mathews, bagaimanapun, memohon masa untuk memfailkan permohonan itu kerana beliau bercuti sakit.

“Hari ini pun saya masih cuti sakit, tetapi saya hadir ke mahkamah juga,” beliau memberitahu hakim Mohd Firuz Jaffril.

Mathews disahkan tidak tidak sihat oleh doktor persendirian dan bercuti sakit dari 15 hingga 28 Mac.

Shafee juga tidak hadir di mahkamah hari ini tetapi diberikan keizinan untuk berada di Sydney, Australia, untuk satu urusan rasmi.

Peguam persekutuan Shamsul Bolhassan tidak membantah permintaan peguam pembela supaya diberikan lebih masa untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Firuz kemudian mengarahkan Shafee supaya memfailkn permohonan itu pada 15 April, sementara Pejabat Peguam Negara diminta menyediakan responsya pada 29 April.

Firuz menetapkan 23 Mei sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 1 Mac, Firuz membenarkan Pejabat Peguam Negara mendakwa Shafee atas alasan wujudnya kes prima facie kerana menghina mahkamah.

Peguam Negara Tommy Thomas mahu memulakan prosiding menghina mahkamah atas alasan bahawa sebagai pelindung kepentingan awam beliau ditugaskan memelihara intergriti dan pelaksanaan keadilan.

“Sebagai peguam negara, saya bertanggungjawab mengambil tindakan wajar terhadap sebarang perbuatan yang menghina mahkamah,” kata Thomas.

Shafee didakwa membuat satu kenyataan yang menjadi persoalan itu di luar Mahkamah Tinggi selepas sebutan kes SRC International melibatkan Najib Razak pada 7 Februari.

Beliau dilaporkan berkata, pasukan peguam pembela Najib boleh menang sekiranya hakim dibiarkan bersendirian dan tidak dipengaruhi.

Beliau juga didakwa berkata, kemenangan boleh dicapai “jika hakim jujur, jika saksi tidak diajar dan jika bukti tidak direkayasa”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.