Menteri, ketua pelbagai agama bersatu di Perhimpunan Solidariti Kedamaian

Menteri, ketua pelbagai agama bersatu di Perhimpunan Solidariti Kedamaian

Kumpulan peserta berpakaian putih itu berarak dari depan pusat beli-belah Sogo kira-kira 7.40 pagi.

P Waytha Moorthy (duduk, 2 dari kiri), Mujahid Yusof Rawa, Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Fuziah Salleh antara anggota Kabinet yang menyertai Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini.
KUALA LUMPUR:
Lebih 500 peserta Perhimpunan Solidariti Kedamaian tiba di Dataran Merdeka untuk membawa mesej rakyat negara ini menolak keganasan dan mahukan keamanan.

Mereka yang berpakaian putih mula membanjiri pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak 6.40 pagi tadi, sebelum berarak ke Dataran Merdeka kira-kira 7.50 pagi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa dan P Waytha Moorthy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Duta Turki ke Malaysia, Merve Kavakci.

Antara badan bukan kerajaan yang turut menyertai perhimpunan hari ini adalah Angkatan Belia Islam Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia, Gabungan Bertindak Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Persekutuan Kristian Malaysia serta Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois.

Perhimpunan itu diadakan susulan tragedi berdarah di 2 masjid di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.