
Majistret, Md Bukhori Md Roslan membenarkan pegawai kanan badan berkanun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dan seorang penjamin.
Sementara itu, seorang lagi pengarah syarikat teknologi maklumat yang direman dalam kes sama dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM.
Selasa lalu, 3 suspek lelaki itu direman 5 hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
Media sebelum ini melaporkan mereka ditahan kira-kira 11 pagi Isnin lalu di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.
Katanya, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dikatakan bersubahat dengan 2 syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Katanya, 2 pengarah syarikat terbabit pula dipercayai mengaut keuntungan melalui perkhidmatan perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.
Semalam, 2 lagi suspek, iaitu pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan seorang pengarah syarikat perundingan IT juga direman 5 hari sehingga 26 Mac ini membabitkan kes sama.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.