
Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata, Asri membuat panggilan kecemasan pada 6.05 pagi tadi dan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran pada Honda Accord yang terletak di perkarangan rumahnya di Persiaran Wawasan.
Katanya, bahagian enjin terbakar secara keseluruhan, manakala cermin depan dan belakang turut pecah.

“Kami percaya ini mungkin perbuatan khianat oleh seseorang berdasarkan cermin belakang yang pecah, di mana satu botol petrol mungkin dilempar ke arah itu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, penyiasat sedang menyiasat punca kebakaran itu bersama unit forensik polis.
Mushar berkata siasatan setakat ini mengesyaki 2 orang menaiki motosikal yang dirakam berada di kawasan itu oleh CCTV pada 5.12 pagi.
“Kita dapat kesan pada 3.30 pagi ada seorang beli minyak mengguna tong plastik di sesyen minyak berdekatan. Nombor kereta yang diguna adalah palsu,” katanya.