Menakjubkan… Pesara tentera kutip 12 ribu batu sungai untuk bina surau unik

Menakjubkan… Pesara tentera kutip 12 ribu batu sungai untuk bina surau unik

Keunikan surau yang dibina menggunakan batu sungai mampu menarik orang untuk menunaikan solat di surau itu

Setiap orang mempunyai cara mereka tersendiri dalam berdakwah.

Dan ia tidak hanya melalui lisan dan pertuturan namun ada juga yang menggunakan pelbagai cara.

Bagi seorang pesara tentera, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengajak dan menarik minat orang ramai mendirikan solat lima waktu.

Tanpa mengambil kira soal wang ringgit, kudrat dan tenaga, Mejar (B) Mustafa Musa, 58, telah mendirikan sebuah surau unik dengan menggunakan 12 ribu batu sungai yang dikutipnya sendiri.

Katanya, surau yang didirikan atas tanahnya itu menelan kos RM25 ribu, dibina dengan titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan.

Pemilihan menggunakan batu sungai sebagai dinding surau pula adalah untuk menjadikannya unik selain dapat menarik minat orang ramai singgah menunaikan solat di surau tersebut.

Ujarnya lagi, surau tersebut diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, sempena batu yang digunakan membina surau tersebut dikutip dari Bukit Kachi, Sintok, Kedah.

Surau yang siap pada April tahun lalu itu mampu memuatkan sekitar 60 jemaah dan kebanyakan yang singgah solat adalah pekebun dan penoreh dari kawasan sekitar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.