Kumpulan bikers di New Zealand sepakat berkawal depan masjid demi keselamatan umat Islam

Kumpulan bikers di New Zealand sepakat berkawal depan masjid demi keselamatan umat Islam

Tragedi tembakan rambang minggu lalu mungkin membuatkan umat Islam takut untuk menunaikan solat Jumaat

Selepas tragedi tembakan jemaah di Masjid Al Noor, Christchurch minggu lalu, beberapa kumpulan ‘Bikers Gang’ New Zealand sepakat untuk bersama-sama melindungi komuniti beragama Islam ketika solat Jumaat esok.

Kejadian tembakan yang dianggap tragedi paling buruk di negara itu, mengorbankan 50 umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut minggu lepas.

Kumpulan Bikers yang terdiri dari kumpulan Mongrel Mob, King Cobra dan Black Power membuat kenyataan tersebut sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada komuniti Islam.

Malah mereka turut memberi jaminan akan menjaga keselamatan umat Islam dan ia menjadi keutamaan bagi mereka.

Inisiatif yang sama juga telah dilakukan salah seorang ahli kumpulan tersebut di Australia apabila beliau melakukan rodaan keselamatan di sebuah masjid di Sydney.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.