Manusia gergasi Harry Potter berkerusi roda

Manusia gergasi Harry Potter berkerusi roda

Robbie Coltrane mengalami sakit lutut sejak bertahun kini terpaksa berkerusi roda

Pelakon filem Harry Potter, Robbie Coltrane buat pertama kalinya dilihat berkerusi roda ketika menunggu pembedahan lutut selepas dikatakan menderita sakit sendi atau osteoarthritis.

Daily Mail melaporkan, Coltrane, yang memegang watak Rubeus Hagrid, manusia gergasi dalam siri filem tersebut, ditemui ketika mempromosikan Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Ride di Universal Orlando, Orlando, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon berusia 68 tahun itu didapati tidak dapat berjalan ketika berada di St. Pancras Renaissance Hotel Isnin lalu selepas mengalami ‘kesakitan berterusan sejak bertahun’ di bahagian lutut.

“Coltrane sakit di bahagian lutut. Ini menyebabkannya tidak dapat berjalan dan diberi kerusi roda sementara menunggu untuk menjalani prosedur pembedahan khas di AS,” menurut sumber.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.