Setiap manusia mempunyai kepakaran dan kehebatan tersendiri.

Tidak kiralah dari apa jua aspek sama ada sebagai seorang profesional atau pekerja biasa tapi pakar dalam sesuatu bidang.
Ini dibuktikan apabila seorang lelaki dari Lagos, Nigeria mampu menghasilkan karya seni yang menarik dan sangat memukau dengan hanya menggunakan tayar-tayar terpakai.

Daya kreatif miliknya mampu menghasilkan tugu berbentuk binatang seperti lembu, kuda, arnab mahupun orang hutan.
Antara kehebatannya dipamerkan dengan penghasilan beberapa rupa kuda dalam pelbagai bentuk, tugu seekor kerbau, Orangutan dan arnab.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]