
Nilai ini dijangka meningkat kepada USD34.47 bilion menjelang 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.4% sepanjang tempoh ramalan dari 2025 hingga 2030*.
Apakah faktor mendorong permintaan terhadap kereta terpakai?
Keadaan ekonomi, keutamaan pengguna, dasar kawal selia, dan kemajuan teknologi adalah faktor mempengaruhi pasaran kereta terpakai di Malaysia. Dasar kerajaan, kepekaan harga dalam kalangan pengguna, dan ketersediaan pembiayaan juga merupakan penentu utama.
Kelas pertengahan yang semakin berkembang dan peningkatan urbanisasi mewujudkan keperluan untuk penyelesaian pengangkutan yang boleh dipercayai dan kos berpatutan, sekali gus mendorong permintaan terhadap kereta terpakai. Ia menjadi pasaran berkembang pesat menawarkan pilihan kenderaan yang sesuai dengan bajet dan cita rasa yang berbeza.
Sebagai contoh, pada 2023 kereta terpakai menyumbang kira-kira 65% daripada jumlah jualan kereta di Malaysia, kerana ia menawarkan penjimatan kos hingga 40% berbanding kenderaan baharu. Pada 2024, nisbah kereta terpakai kepada kereta baharu adalah 2:1, menunjukkan peningkatan kecenderungan terhadap kenderaan pramilik.
Sememangnya, kemampuan membeli adalah faktor penting bagi golongan kelas menengah yang semakin berkembang di Malaysia, dan kereta terpakai boleh berharga 30-50% lebih murah berbanding kereta baharu**. Perbezaan ini kekal signifikan, walaupun pada 2025. Selain menawarkan nilai lebih baik dan kadar susut nilai lebih rendah, pembeli juga berpeluang memiliki model premium dengan harga jauh lebih berpatutan.
Selain itu, dasar dan insentif kerajaan berkaitan kereta terpakai seperti polisi pengurusan kenderaan akhir hayat (ELV) dan program jaminan lanjutan, dijangka merangsang pertumbuhan pasarannya.
Peningkatan ketersediaan pilihan pembiayaan yang menarik ditawarkan bank dan institusi kewangan juga menjadikan pembelian kereta terpakai lebih berdaya maju.

Lonjakan digitalisasi – pasaran dalam talian
Salah satu faktor paling signifikan yang membentuk industri kereta terpakai adalah lonjakan pasaran dalam talian.
Menyumbang kepada peningkatan kecenderungan terhadap kereta terpakai, platform dalam talian seperti CARSOME memudahkan proses pembelian dan penjualan kereta pramilik, sekali gus meningkatkan jualan dan mengukuhkan pasarannya.
Sebagai contoh, pada 2024 lebih daripada 40% transaksi berkaitan kereta terpakai di Malaysia dijalankan secara dalam talian***.
Tiga faktor utama menyumbang kepada trend ini adalah: peningkatan keyakinan terhadap platform digital, kemudahan capaian dan kemampuan membeli, serta kepelbagaian pilihan ditawarkan.
Dengan adanya platform dalam talian seperti CARSOME, pelanggan menikmati tahap ketelusan lebih tinggi melalui akses kepada maklumat terperinci seperti sejarah kenderaan, pensijilan, dan ulasan pelanggan. Ini membantu membina kepercayaan. Selain itu, ia turut menawarkan kemudahan, di mana pelanggan boleh membeli kenderaan tanpa perlu mengunjungi pusat jualan secara fizikal.
Dengan kos operasi lebih rendah, platform digital dapat menawarkan kadar lebih kompetitif, termasuk pilihan pembiayaan fleksibel serta pakej perkhidmatan. Ini menjadikan kereta terpakai sebagai pilihan berdaya saing, bahkan bagi mereka yang sebelum ini mungkin tidak mempertimbangkan memiliki kenderaan.
Pilihan juga menjadi tarikan utama. Platform dalam talian menawarkan inventori lebih luas berbanding pengedar tradisional. Oleh itu, pembeli boleh melayari mengikut keselesaan mereka, pada bila-bila masa, dan memilih daripada pelbagai koleksi untuk mendapatkan kenderaan yang benar-benar menepati bajet dan keperluan.
Teknologi masa depan – meningkatkan kebolehpercayaan kereta terpakai hari ini
Satu lagi faktor menyumbang kepada trend pembelian kereta terpakai adalah kemajuan teknologi.
Teknologi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kebolehpercayaan terhadap kereta terpakai. Selain meningkatkan kecekapan dan ketepatan, integrasi teknologi turut mengubah cara perkhidmatan baik pulih dan pusat servis beroperasi, memastikan ketelusan serta melancarkan aliran kerja.
Hari ini, alat diagnostik canggih yang dipacu oleh AI dapat mengenal pasti masalah kenderaan dengan ketepatan tinggi. Berinteraksi dengan sistem dalam kenderaan, alat ini menyediakan data masa nyata mengenai prestasi enjin, keadaan brek, malah mengesan masalah kecil pada sistem elektrik.
Teknologi juga meningkatkan aspek lain: daripada perisian pengurusan mengoptimumkan operasi untuk memastikan aliran kerja berjalan lancar, sehingga platform dalam talian yang merapatkan jurang antara pelanggan dan bengkel, membolehkan pelanggan menempah perkhidmatan, membandingkan harga, dan membaca ulasan dalam talian.
Salah satu pemain utama yang kini menerajui pasaran kereta terpakai di Malaysia adalah CARSOME – platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara.
Dengan kehadiran di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, CARSOME bertujuan mendigitalisasi industri kereta terpakai di rantau ini dengan mengubah dan meningkatkan pengalaman pembelian serta penjualan kereta.
Bagi mencapai matlamat ini, CARSOME menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada pengguna dan pengedar kereta terpakai, daripada pemeriksaan kereta dan pemindahan hak milik sehingga pembiayaan. Ia menawarkan perkhidmatan yang dipercayai, mudah, dan efisien.
“Kami menyediakan perjalanan pembelian menyeluruh yang menghapuskan kebimbangan yang biasa timbul dalam pengalaman membeli kereta terpakai secara tradisional. CARSOME Certified adalah taraf baharu untuk membeli kereta pramilik yang disokong oleh pemeriksaan 175 titik bersama Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified,” kata CARSOME.

Proses CARSOME mudah untuk dilalui dan tanpa tekanan; dan bagi kemudahan tambahan, ia turut menguruskan semua dokumentasi. Sokongan menyeluruh yang ditawarkan merangkumi insurans kereta, menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan, sehingga bantuan dalam mendapatkan pinjaman.
Pendekatan telus dan mesra pelanggan ini digabungkan dengan platform digital yang cekap dan berkesan, memberikan CARSOME kelebihan ketika pasaran kereta terpakai terus berkembang pesat pada 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai CARSOME, layari www.carsome.my.
*Mordor Intelligence
** Tracedata Research
*** Tracedata Research