Robot letak kereta bantu pengunjung lapangan terbang di Paris

Robot letak kereta bantu pengunjung lapangan terbang di Paris

Penggunaan robot untuk letak kenderaan semakin popular di lapangan terbang Paris.

Penggunaan robot semakin relevan memandangkan tenaga kerja manusia adakalanya tidak mahu melakukan kerja remeh temeh.

Dan setelah melalui beberapaujian sejak beberapa tahun, robot letak kenderaan yang dihasilkan Stanley Robotics secara rasmi mula digunakan untuk memudahkan pengunjung meletak kereta mereka di sekitar Lapangan Terbang Lyon-Saint Exupéry, Paris.

Robot yang beroperasi secara automatik itu berbentuk segi empat, dengan kelebaran seperti sebuah kenderaan utiliti sukan (suv) saiz sederhana.

Pengunjung hanya perlu meninggalkan kereta di dalam garaj khas sebelum dipindahkan oleh robot-robot berkenaan ke kawasan yang disediakan.

Sistem akan memeriksa tarikh dan waktu ketibaan yang direkodkan dan mengarahkan robot tersebut memindahkan semula kereta ke garaj khas sebelum diambil pemiliknya.

Pada peringkat awal, sebanyak 500 ruang letak kereta dioperasikan Stanley Robotics.

Syarikat itu mensasarkan 6,000 (parkir) di lapangan tersebut akan dikendalikan oleh robot tersebut pada masa akan datang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.