MCA kekal dalam BN sebab Umno kuat, kata Nazri

MCA kekal dalam BN sebab Umno kuat, kata Nazri

MCA semalam memutuskan untuk terus kekal bersama BN bagi memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai kaum di negara ini

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, MCA juga bersetuju dengan kerjasama Umno dengan PAS kerana ia merupakan satu jalan untuk berjaya dalam PRU ke-15 akan datang.
KUALA LUMPUR:
Mohamed Nazri Aziz berkata, MCA kekal dalam Barisan Nasional (BN) kerana mereka yakin Umno kuat, sama seperti keadaan yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sekiranya MCA tidak yakin dengan kekuatan Umno, ia tidak akan kekal dalam BN.

“Kita ada ahli Parlimen dan wakil rakyat yang kuat.

“Kalau tak, mereka patut lari jika mereka tidak yakin dengan Umno,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

MCA semalam memutuskan untuk terus kekal bersama BN bagi memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai kaum di negara ini.

Jawatankuasa Pusat MCA, dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman dalam landskap politik Malaysia.

Nazri berkata, MCA juga bersetuju dengan kerjasama Umno dengan PAS kerana ia merupakan satu jalan untuk berjaya dalam PRU ke-15 akan datang.

“Kita dapat lihat kerjasama Umno-PAS berjaya dalam 2 pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kita akan pastikan kerjasama ini akan kekal sampai PRU ke-15. Sebagai ahli Umno saya berfikir tentang kelangsungan Umno,” katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Sembrong, Hisammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin MCA kekal dalam BN demi kepentingan masa depan gabungan politik itu.

Beliau berkata, amat penting untuk MCA dan Umno duduk bersama bagi membincangkan isu kebaikan bersama.

“Tidak mudah untuk tinggalkan BN, lebih-lebih lagi hubungan yang ada sekarang telah lama dijalin selama ini.

Hishamuddin berkata, Umno dan MCA perlu melihat kerjasama dalam BN dari kaca mata dan berdasarkan kaedah baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.