
“Saya rasa kita boleh bincang semula dan kita rujuk kepada perdana menteri.
“Saya masih terikat dengan manifesto, tapi kita tengok penjelasan dan rasional perdana menteri dalam kes itu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya jika semua parti komponen PH bersetuju untuk Kiandee terus mengetuai PAC, Anwar berkata, beliau perlu periksa kerana tidak maklum mengenainya.
Umno sebelum ini mengkritik keputusan Mahathir mengekalkan Kiandee mengetuai PAC dan menuntut jawatan itu dikembalikan kepada wakil pembangkang seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 PH.
Perdana menteri kemudiannya mempertahankan keputusannya mengekalkan Kiandee dan berkata, semua parti komponen PH sebulat suara bersetuju ahli baru PPBM itu kekal dalam PAC.
“Dia berada di pihak pembangkang ketika kita memilihnya (sebagai pengerusi PAC).
“Kita menunaikan janji manifesto, tetapi jika dia memutuskan untuk menyertai parti kerajaan, apa kita boleh buat, kita tak boleh kata tidak,” katanya pada Sabtu lalu.
Susulan itu, 2 pemimpin PH, iaitu Nurul Izzah Anwar dan Hannah Yeoh dilaporkan menggesa jawatan pengerusi PAC diserahkan kepada pembangkang untuk “meneruskan akauntabiliti eksekutif”.