
Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal berkata jumlah itu berdasarkan kemaskini dalam tempoh 4 hari dari 11 Mac hingga 14 Mac.
“Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,483 mangsa di tempatkan di Pangkalan Medik Dewan Taman Pasir Putih dengan 224 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Manakala, seramai 423 mangsa ditempatkan di Pangkalan Medik Dewan Taman Mawar dengan 52 kes dirujuk ke HSI.
“Seramai 869 mangsa mendapatkan rawatan secara terus di hospital dan klinik-klinik di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru tanpa merujuk kepada pangkalan medik,” katanya dalam kenyataan.
Sahruddin berkata, kerajaan negeri akan terus melakukan pemantauan udara secara berkala.
Dalam perkembangan sama, Sahruddin berkata, 92 sekolah tadika dan taska ditutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa, menyusuli penutupan semua 111 sekolah di Pasir Gudang.
“Seramai 426 petugas dari 19 jabatan dan agensi kerajaan telah ditempatkan bagi memastikan kawalan insiden ini berada pada tahap terbaik,” katanya.