Sahruddin pula umum undur pengerusi PN Johor

Sahruddin pula umum undur pengerusi PN Johor

Pengumuman ketua Bersatu Johor itu dibuat selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN.

SAHRUDDIN JAMAL
Sahruddin Jamal ikut jejak langkah Muhyiddin Yassin letak jawatan dalam Perikatan Nasional. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Adun Bukit Kepong Sahruddin Jamal mengumumkan meletak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.

Pengumuman ketua Bersatu negeri dan bekas menteri besar Johor itu menyusul tindakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN.

“Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor,” katanya.

FMT telah menghubungi Sahruddin bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung peletakan jawatan itu.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang memberi sokongan penuh kepadanya selama beliau menerajui PN sejak ditubuhkan lima tahun lalu.

Pengumuman ini susulan kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan Adun Sanglang daripada PAS, Shukri Ramli, meletak jawatan menteri besar dan digantikan Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.