PM turun padang, tiba di bilik gerakan bencana Pasir Gudang

PM turun padang, tiba di bilik gerakan bencana Pasir Gudang

Perdana menteri mendarat di Johor pada 5 petang tadi dan dijangka akan mengadakan sidang media di Hospital Sultan Ismail.

PASIR GUDANG:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di bilik gerakan bencana di Majlis Perbandaran Pasir Gudang petang tadi bagi melihat sendiri situasi pencemaran kimia yang setakat hari ini menyebabkan 900 mangsa dirawat.

Dr Mahathir bergegas ke bilik gerakan bencana sebaik mendarat di Lapangan Terbang Senai pada 5 petang tadi.

Beliau selepas ini akan melawat Hospital Sultan Ismail di mana mangsa-mangsa sedang dirawat, dan dijangka akan mengadakan sidang media di situ.

Kes pencemaran toksik di Pasir Gudang akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim masuk hari ke-8 hari ini, menyaksikan jumlah kes keracunan meningkat dengan 9 daripada mangsa sedang dirawat di unit rawatan kecemasan.

Kerajaan mengarahkan semua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup sehingga situasi kembali pulih, dan peruntukan kecemasan dikeluarkan untuk kerja-kerja pembersihan kimia dan bantuan kepada mangsa.

Sementara itu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tergempar untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan usul yang dibentang Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Dewan Rakyat mula membahaskan usul itu pada 4.30 petang tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.