
Menurut pembantunya, Suffi Yusoff, hasil perbincangan bersama pasukan pakar perubatan dari IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), rawatan fisioterapi tanpa pembedahan diputuskan sebagai kaedah terbaik pemulihannya.
“Mengambil kira faktor usia Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam kenyataan.
Pada 6 Jan, Mahathir yang juga perdana menteri keempat dan ketujuh dimasukkan ke IJN.
Sufi berkata, Mahathir difahamkan terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian balkoni ke ruang tamu.
Beliau berkata, pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.
Pada 13 Julai tahun lalu, Mahathir dimasukkan ke IJN selepas mengalami keletihan ketika menghadiri acara di Putrajaya sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 serta ulang tahun ke-99 isterinya, Dr Siti Hasmah Ali.
Beliau meninggalkan acara itu lebih awal selepas menyertai beberapa aktiviti termasuk berbasikal. Mahathir dibenarkan keluar IJN pada hari sama.
Dalam pada itu, Sufi berkata buat masa ini Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat.
“Mahathir dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau,” katanya.