
Selain kucing, arnab juga menjadi salah satu binatang kegemaran ramai untuk dijadikan binatang peliharaan.
Selain comel arnab juga mudah untuk dibela dan tidak banyak karenah.
Guinness World Records mengiktirafkan seekor arnab baka agouti sebagai arnab paling tua di dunia apabila haiwan itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 9 Februari lalu.
Menurut laman rasmi Guinness World Records, arnab jantan bernama Mick itu telah jauh melangkaui jangka hayat purata spesies tersebut dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun.
Penjaganya, Liz Rench menghidangkan kek buah untuk Mick bagi meraikan ulang tahun mamalia itu.
Sebagai ‘warga emas,’ Mick kini menghidap penyakit katarak, artritis, jangkitan parasit dan kepala teleng.
“Saya sudah menghabiskan masa 20 tahun menjaga arnab dan tidak pernah jumpa arnab yang hidup melebihi usia 13 tahun. Mick sangat istimewa dan saya berasa bertuah mempunyainya dalam hidup saya,” kata Rench.
Rench pertama kali bertemu dengan Mick semasa dia menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan haiwan pada tahun 2004.
Arnab manja itu pernah mempunyai dua pasangan iaitu Bianca yang mati pada 2009 dan PJ yang mati pada 2015.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]