
Pengarah JPV negeri, Dr Saifullizam Abd Kadir, berkata lori dipercayai dari Pulau Pinang ditahan pada 3.20 pagi dalam operasi bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
“Kami mengekori lori itu dari Plaza Tol Lekir sejauh 10km sebelum pemeriksaan menemukan lori bertutup kanvas membawa babi tersebut tanpa sebarang kebenaran,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mereka turut menahan pemandu lori berusia 46 tahun dan nilai rampasan termasuk kenderaan digunakan dianggarkan RM170,000.
Dalam kes berasingan, Saifullizam berkata JPV Perak dan JPV cawangan Baling, Kedah, menggagalkan cubaan memindahkan 10 ekor lembu secara haram menggunakan lori dipandu lelaki berusia 26 tahun dalam Op Korban Mega di Gerik, sekitar 10 malam semalam.
Beliau berkata, setakat ini JPV Perak berjaya mematahkan empat cubaan memindahkan ternakan tanpa kebenaran menerusi pelaksanaan operasi itu sempena sambutan Aidiladha.
Siasatan dua kes itu dijalankan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan.