Siti Aisyah dilepaskan atas permohonan Indonesia, kata peguam negara

Siti Aisyah dilepaskan atas permohonan Indonesia, kata peguam negara

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, wanita itu dibenarkan pulang ke Indonesia.

Reaksi Siti Aisyah, 26, pada sidang media selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan membunuh Kim Jong Nam, hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Malaysia bersetuju dengan permohonan Indonesia untuk menggugurkan dakwaan terhadap seorang wanita republik itu yang didakwa dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara pada 2017, kata peguam negara dalam sepucuk surat pada 8 Mac lalu.

Siti Aisyah dilepas tanpa dibebaskan hari ini, selepas mahkamah menggugurkan pertuduhan bunuh ke atasnya.

Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu Menteri Undang-undang Indonesia, Yasonna Laoly, dalam surat itu yang dilihat Reuters, Siti Aisyah boleh pulang ke Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.