
Hampir setiap hari, isterinya Ho Sioe Tjoan meletakkan bunga segar di dalam pasu bersebelah bekas abu mayat dan menyalakan beberapa lilin di sekelilingnya.
Hendrik, 80, dan Ho, 79, membesarkan Ivana sejak dari kecil di Belanda. Apabila mereka berhijrah ke Pulau Pinang pada 2002, Ivana, yang ketika itu berusia 3 tahun, dihantar untuk tinggal bersama mereka.
Kematiannya pada 2017 menyebabkan kehidupan mereka suram dan rumah mereka menjadi sunyi.
“Kami kesepian, hanya kami berdua di sini,” kata Hendrik ketika ditemubual FMT.
Beliau dan Ho berharap dapat mengambil seorang anak kecil untuk dijadikan anak angkat untuk menggantikan cucunya.
“Jika seseorang ada di sini, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ivana, itu lebih baik. Ia seperti bermula sekali lagi.”
Beliau berkata beliau dan isterinya sedang mencari bayi perempuan untuk membesarkannya, “mungkin 2 atau 3 tahun, sama usia dengan Ivana ketika dia berpindah ke Pulau Pinang bersama kami”.
Ivana ditemui mati di balkoni kondominium tingkat 6 di Kuala Lumpur pada 7 Disember 2017.
Dia dilaporkan keluar minum dengan pasangan Amerika-Kazakhstan di Bangsar sebelum kembali ke kondo mereka di tingkat 20.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dan patologi. Bagaimanapun inkues di Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana Smit sebagai “nahas”.

Hendrik berkata keputusan koroner itu mengecewakan kerana koroner itu juga mengakui Ivana mati sebelum ditemui di telanjang di balkoni tingkat 6.
Beliau berkata “ketidakcekapan” pihak berkuasa dalam menguruskan kejadian jenayah itu, yang diketengahkan oleh koroner, juga mengesahkan dakwaan bahawa pihak polis tidak berwibawa dalam tugas mereka.
“Kami mahu mahkamah beri kami keadilan untuk cucu perempuan kami, bukan memutuskan sebagai ‘nahas’ ketika ia jelas, atas keputusan koroner, bahawa Ivana meninggal dunia sebelum dia jatuh,” katanya.
Beliau juga mendakwa polis meminta mereka menandatangani dokumen yang mengisytiharkan bahawa Ivana membunuh diri.
“Mereka kata jika kami tidak menandatanganinya, ia akan mengambil masa 6 bulan untuk menuntut mayat.
“Kami kata tidak mungkin, dan bersyukur, selepas campur tangan kedutaan Belanda, kami berjaya mempercepatkan proses penghantaran mayat ke Belanda.”
Beliau juga mengenang kembali bagaimana pegawai dari Kuala Lumpur datang ke rumah mereka di Pulau Pinang untuk menemubual tentang sejarah keluarganya.
“Mengapa mengganggu sejarah keluarga saya apabila cucu saya mati?”
Peguam SN Nair, yang menjadi pemerhati untuk keluarga Ivana semasa inkues ke atas kematiannya, berkata beliau gembira apabila koroner bersetuju dengan penyerahan permohonan semakannya.
Bagaimanapun, beliau mengulangi kejutannya atas keputusan dakwaan nahas itu.
“Seseorang mencampakkan tubuhnya. Jadi bagaimanakah ia boleh menjadi satu nahas?”
Beliau berkata permohonan untuk semakan keputusan koroner akan dibuat di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Jumaat lalu, koroner Mahyon Talib berkata kecederaan Ivana adalah konsisten dengan kejatuhan dari satu ketinggian, tetapi bersetuju dengan ahli patologi Belanda Dr Frank van de Goot bahawa Ivana mati sebelum mayat ditemui di balkoni unit tingkat 6.