Usahawan Bumiputera sukar mula perniagaan tanpa bantuan awal, kata DPMM

Usahawan Bumiputera sukar mula perniagaan tanpa bantuan awal, kata DPMM

DPMM mahu kerajaan mendekati usahawan akar umbi melalui pemberian dana dan pinjaman perniagaan.

KUALA LUMPUR:
Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berpandangan usahawan Bumiputera sukar untuk memulakan perniagaan, sekiranya tidak diberikan bantuan awal untuk berniaga.

Pemangku presiden DPMM, Syed Hussien al-Habshee berharap kerajaan memberi bantuan awal kepada usahawan Bumiputera yang betul-betul berminat untuk berniaga.

“Antara isu yang kami diketengahkan ialah langkah mendekati usahawan ke akar umbi melalui pemberian dana dan pinjaman sebagai modal perniagaan.

“Saya lihat jika mereka tidak diberikan ‘start-up grant’ (bantuan awal), mereka sukar memulakan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan pertemuan pertama dengan Menteri Pembangunan Keusahawanan, Redzuan Md Yusof dalam usaha memperkasa usahawan Bumiputera pada sidang media di Kementerian Pembangunan Usahawan di sini, hari ini.

Dalam pada itu DPMM berkata, badan itu akan terus menyokong sebarang usaha kerajaan untuk memperkasa usahawan Bumiputera dan tidak akan bertolak-ansur tentangnya kerana ia merupakan agenda nasional.

“Namun kita yakin dengan usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

“Kami ambil ketetapan sokong menteri keusahawanan. Ini. berdasarkan usaha yang dilaksanakan kementeriannya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.