Tidak dinafikan keju adalah salah satu makanan kegemaran bukan sahaja kanak-kanak malah semua orang tidak kira peringkat umur.

Mungkin nampak kelakar tapi itulah yang menjadi trending ketika ini apabila cabaran membaling kepingan keju ke muka bayi atau budak kecil menjadi kegilaan baharu dalam kalangan pengguna media sosial.
Ia bermula selepas satu video membaling keju ke muka kanak-kanak mula tular sejak minggu lalu.
Akhbar Daily Mail melaporkan, cabaran tersebut bukan sahaja dilakukan golongan dewasa terhadap bayi tetapi turut disertai adik-beradik lebih tua yang merakam gambar mereka melempar keju ke muka adik masing-masing.
Gurauan aneh berkenaan mula mendapat perhatian sejak Khamis lalu selepas seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @unclehxlmes berkongsi satu klip video dengan menulis catatan ‘baru membaling keju ke muka adik saya’.
Video itu menjadi tular dan telah ditonton lebih 8 juta kali sehingga mendorong pengguna media sosial lain menghasilkan versi mereka tersendiri.
Bagaimanapun, pengguna Twitter itu kemudian memadam video berkenaan kerana tidak menyangka ia menjadi tular begitu pantas.
Dia turut membuat pengakuan bahawa rakaman itu bukan dibuat sendiri dan bayi tersebut bukan adiknya tetapi satu video dikongsi daripada akaun Facebook milik orang lain yang tidak didedahkan identitinya.
https://www.youtube.com/watch?v=ZhTxacA79Vo