
Tanpa memperincikan maklumat rampasan, sumber ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
“Ya, SPRM ada menyita beberapa aset, “ katanya ringkas.
Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberi keterangan lebih 4 jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan siasatan kes itu.
Sebelum ini, beberapa individu dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu antaranya Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.