RM90 juta: Husam beri keterangan kepada SPRM

RM90 juta: Husam beri keterangan kepada SPRM

Husam Musa sebelum ini mendakwa PAS menerima dana berkenaan daripada Umno.

Senator Datuk Husam Musa (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Senator Datuk Husam Musa hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kelantan malam tadi dipercayai untuk memberikan keterangan berhubung dana RM90 juta yang didakwa daripada Umno kepada PAS.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu tiba di pejabat SPRM pada 9.25 malam dengan sebuah kenderaan pelbagai guna yang dipandu salah seorang pegawainya.

Husam sebelum ini mendakwa PAS menerima dana berkenaan daripada Umno yang dikatakan telah diakui Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu rakaman audio kontroversi baru-baru ini.

Pada 8 Februaru lalu, Nik Abduh hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.