SPNB terbuka ambil alih ‘projek sakit’

SPNB terbuka ambil alih ‘projek sakit’

SPNB memulihkan 24,454 unit rumah melibatkan 56 'projek sakit' dan terbengkalai dari 2001 hingga 2017.

Pengerusi SPNB Husam Musa pada pelancaran sistem E-RMR di Shah Alam.
SHAH ALAM:
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sekali lagi terbuka mengambil alih “projek sakit” terutama melibatkan rumah dibeli penjawat awam.

Pengerusi SPNB, Husam Musa, berkata pihaknya sudah memulihkan 24,454 unit rumah melibatkan 56 projek sakit dan terbengkalai dari 2001 hingga 2017.

“Berasaskan rekod itu, insya-Allah jika kerajaan berhasrat memberikan tugas itu sekali lagi…melibatkan projek yang dibeli penjawat awam kami bersedia menawarkan diri melaksanakan projek sedemikian,” katanya pada sidang media sistem E-RMR di ibu pejabat SPNB.

Husam berkata, SPNB kini dalam proses menambahbaik program itu dengan menyasarkan projek bermasalah di peringkat awal.

Husam Musa berkata pihaknya bercadang memasang panel solar di bumbung rumah mesra rakyat.

Katanya, namun sehingga kini belum ada arahan rasmi daripada kerajaan untuk SPNB mengambil alih projek sakit.

Sementara itu, Husam berkata pihaknya bercadang memasang panel solar di bumbung rumah mesra rakyat dengan teknologi hijau berkenaan.

Katanya, cadangan pemasangan panel solar itu masih di peringkat awal dan belum dibawa ke perbincangan ahli lembaga pengarah.

Menurutnya, bagi tujuan itu pihaknya mengalu-alukan semua pihak yang boleh berkongsi maklumat, cadangan serta kepakaran dengan SPNB bagi menjayakannya.

“Perkara ini saya fikirkan mampu membantu mengurangkan beban pembeli RMR yang kebanyakannya rakyat golongan berpendapatan rendah B40,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.