Polis: Suspek sebalik serangan lif, penjenayah tegar, ahli Geng 08

Polis: Suspek sebalik serangan lif, penjenayah tegar, ahli Geng 08

Suspek cukur botak untuk elak ditangkap.

Gambar Facebook.
KUALA LUMPUR:
Suspek yang membelasah seorang wanita dalam lif di MRT di ibu negara minggu lalu sedang mencukur botak kepalanya apabila diserbu sepasukan polis di pangasapurinya.

Suspek berusia 26 tahun itu menggunakan pelbagai helah untuk mengelak ditahan selepas video serangan kejamnya di Taman Mutiara, Cheras tular di media.

“Semua lampu di pangsapurinya ditutup sepanjang masa, kecuali beberapa minit apabila dia ke bilik air,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Suspek ditahan di Taman Cheras kira-kira pukul 8.10 malam tadi selepas merompak sebuah kedai serta menyerang dan menyamun wanita berkenaan Khamis lalu.

Suspek disifatkan penjenayah tegar yang menganggotai Geng 08 dan tidak teragak-agak menggunakan kekerasan ke atas mangsa-mangsanya.

Mazlan berkata polis mendapati suspek terbabit dalam 6 kes samun dan rompakan dan terbabit dalam jenayah sejak 2014.

Polis merampas 19 telefon bimbit, kad ATM dan beberapa peralatan yang diguna untuk memecah masuk rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.