
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.
Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Jawa Selatan kira-kira 3.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 209km selatan dari Blitar, Indonesia.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.