
Beliau berkata nilai ringgit merosot kepada RM13 bagi setiap 100 baht adalah kerana kenaikan mata wang dolar.
“Ringgit baru ini naik semula. Yang jadi masalah adalah mata wang dolar AS naik kerana apa yang dilakukan Trump. Apabila dolar AS naik maka nilai ringgit jatuhlah.
“Bukan jatuh betul-betul tetapi hanya dari segi peratusan. Sekarang ini RM4.16 (berbanding AS$1), sebelum ini RM4.29.

Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak desak Putrajaya menjelaskan kemerosotan besar ringgit berbanding baht, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah kalah pilihan raya umum.
“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah ‘Najib turun, ringgit naik’. Saya dah turun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim?” katanya.
Najib berkata nilai ringgit menunjukkan pemulihan berbanding baht sebelum PRU-14.